Rabu, 21 Disember 2011

AWAK....

AWAK..
saya tak pernah minta awak berikan apa-apa kepada saya..
tapi cukuplah sekadar awak dapat berikan segala kasih dan sayang awak terhadap saya...
saya tak pernah minta awak bersusah payah untuk saya..
tapi cukuplah sekadar awak sentiasa ada untuk saya...
saya juga tak pernah mintak awak menjaga hati saya..
tapi cukuplah sekadar awak paham diri saya..
kerana saya akui mmg terlalu sukar untuk sesiapa memahami diri saya..


AWAK..
saya tak akan pernah mengongkong hidup awak..
biarlah awak bebas berkawan dgn sesiapapun..
saya tak akan pernah mengawal setiap gerak geri awak..
biarlah awak bebas kemana saja..
kerana bukankah dalam cinta tidak seharusnya ada paksaan ataupun terpaksa..


AWAK..
saya harap awak ikhlas sayangkan saya..
saya harap awak ikhlas kasihkan saya..
dan apa yang paling penting saya harap awak ikhlas terima saya apa adanya..


TAPI AWAK..
seandainya kita berpisah...
boleh tak saya terus sayangkan awak..
boleh tak saya terus rindukan awak..
dan boleh tak saya terus mencintai diri awak..
kerana tak mudah bagi saya mencari penganti diri awak..


AWAK..AKHIR KATA DARI SAYA....
maafkan saya jika saya masih mengingati diri awak..
maafkan saya jika saya masih merindu diri awak..
maafkan saya jika saya terlalu sayangkan awak..
dan saya memohon maaf seandainya saya pernah membenci awak..


p/s:ape jela yg aq merepek nie..hahahah...redah jer..^__^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan